Sokongan untuk Klien Bahasa

Mulai Jun 4 2018, klien dan laman web Bahasa Malaysia akan ditamatkan.

 

APAKAH MAKNANYA?

Pilihan klien Bahasa Malaysia akan dikeluarkan daripada klien Garena PC mulai Jun 4 2018. Laman web Bahasa Malaysia juga akan dilepaskan pada tarikh yang sama.

Kami akan terus menyediakan khidmat pelanggan dalam Bahasa Malaysia untuk pemain yang menggunakan bahasa tersebut.

Pemain yang menggunakan klien Bahasa Malaysia akan ditukarkan kepada Bahasa Inggeris mulai Jun 4 2018. Pemain masih lagi boleh bermain dalam klien Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina.

 

APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Klien akan ditukar kepada Bahasa Inggeris secara automatik pada Jun 4 2018. Dengan itu, tiada perubahan perlu dilakukan terhadap klien.

 

MENGAPAKAH KLIEN BAHASA DITAMATKAN?

Majoriti pemain dalam server Singapura/Malaysia memilih untuk bermain League of Legends dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina. Kami mengambil peluang ini untuk mengutamakan klien Bahasa Inggeris dan menyediakan pengalaman terbaik untuk pemain League of Legends.